Me??

My name is fauzi..
Im 21yrs old, stil young?! Check by your self..
Im dusun-chnese bruneian.. Mix-blo0d!
Was born 22nd August..

My name is fauzi..
Im 21yrs old, stil young?! Check by your self..
Im dusun-chnese bruneian.. Mix-blo0d!
Was born 22nd August..
{/kenangan bersama ibu... --
Sabtu, 14 Mac 2009 ( 1:03 PG )
Ibu..
Ibu lah yang bertarung nyawa melahirkan aku..
Ibu jugalah yang sanggup berkorban nyawa hanya untuk memberiku makan walau hanya sesuap nasi..
Ibu jugalah yang menitiskan air mata untuk aku minum disaat ku kehausan.
Ibu..
Ibu lah yang sanggup berkenkang mata menjaga ku disaatku menangis
Walau ku tahu ibu sebenarnya kesejukkan tanpa apa-apa,
Ibulah juga yang sanggup memberikan aku pelukan disaat ku kesejukkan..
Ibu..
Ibulah penyeri hatiku disaat ku hiba
Ibulah juga yang selalu menenangkan hatiku disaat ku berduka
Walau hanya sekadar pelukan,,ia memberiku sejuta makna didalam mencari erti kasih sayang..
Ibu..
Disaat membesar..ibu selalu disamping ku..
Ibu jugalah yang membantu aku disaat ku inginkan sesuatu..
Ibu jugalah yang selalu memasangkan pelita ketika ku ingin menyiapkan kerja sekolahku..
Ibu..
Engkaulah orang yang aku sanjungi di sepanjang hidupku..
Ibu..
Disaat ibu terlantar sakit.. aku bagaikan kehilangan sesuatu..
Aku jugalah yang tidak dapat membelikan ubat untuk ibu..
Hanya sekadar bubur dan air minum yang dapat ku berikan kepada ibu..
Dengan sekalung doa agar ibu sempat sembuh..
Ibu..
Disaat ku Berjaya.. ibu selalu menasihati aku supaya aku sentiasa bersyukur kepada allah dengan apa yang diperolehi..
Ibu jugalah yang menanamkan sifat sabar didalam hati ku walau ku tahu kita hanya orang yang penuh dengan kehinaan dan selalu meminta-minta..
Ibu..
Sekarang baru ku fahami.. hidup didunia yang sukar diduga ini selalu menyebelahi orang-orang yang jahat yang selalu tidak menghormati diri kita bu..
Dan sekarang aku juga sedar..bahawa kasih sayang ibu tidak ada tandingannya walaupun didunia ini penuh dengan kasih sayang yang belum pasti kekal bu..
Ibu..
Disaat ku mencari kesenangan hidup..
ibu jugalah yang selalu berpesan agar membuat kerja dengan penuh tanggungjawab..
Ibu jugalah yang selalu mengirimkan surat kepadaku..walau ku tahu yang ibu bersusah payah mencari sehelai kertas untuk mendengarkan khabar dariku..
Ibu..
Aku juga tahu bahawa kesenangan yang ada didunia ini hanya sementara..
Tetapi ibu jugalah yang selalu mengingatkan supaya aku tetap terus bersabar..
Ibu jugalah yang selalu mengingatkan ku supaya bersolat dan berdoa kepada tuhan yang lagi mengetahui..
Ibu..
disaat ku diceruk-ceruk kota yang penuh dengan kesenangan dan kemewahan..
ibu lupa mengucapkan selamat tinggal untuk kali terakhirnya bu..
dan ibu juga lupa memberikan kata-kata terakhir kepadaku bu..
Ibu..
ibu tinggalkan aku didunia ini tanpa apa-apa bu,..
disaat ku teringin pulang melawat ibu..
ibu telah pergi buat selama-lamanya..
Ibu..
hanya sekalung doa yang dapat ku berikan kepada ibu..
agar ibu selalu tenang disampingnya..
ku juga mendoakan agar ibu selalu mendapat rahmat dan cahaya darinya bu..
bu..
bertapa pentingnya ibu didalam hidupku..
kenangan bersama mu bu.. sangat sukar untukku melupakannya..
hanya titisan air mata yang dapat ku sampaikan diatas pusara mu bu....
Ibu..
jasa-jasamu tidak dapat ku gantikan dengan wang ringgit
kasih sayang mu bu..sukar untukku melupakannya..
ketabahanmu mu juga bu..tidak dapat menandinggi apa-apa ketabahan orang disekelilingku..
bu.. hanya pesanan ibu yang masih ku dapat ingat walaupun ku tidak sempat menatap wajah ibu di akhir kalinya..agar kita saling hormat menghormati sesama manusia walaupun ada kalanya tanpa mereka sedari..mereka telah sakitkan hati kita..
Ibu..
damai dan tenanglah ibu disana..
semoga Allah mencucuri rahmat kepada ibu..
Amin~
tagboard
i think they call it freedom of speech